Program Bazar Raya NADI 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026 bersamaan hari Sabtu telah diadakan program Bazar Raya NADI 2026 yang telah diadakan di lokasi sementara NADI Tanjung Piai iaitu Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Seramai 4 orang usahawan dari NADI telah menyertai program yang diadakan iaitu Puan Nalita (Usahawan Biskut), Encik Hudhairi (Usahawan Madu), Puan Shafiqah (Usahawan Santan) dan Puan Jeelyana (Usahawan Baju). Pelbagai program selain daripada Bazar telah diadakan di NADI seperti taklimat keusahawanan, Kempen Internet Selamat (KIS), kelas Dilea dan taklimat Tiny Techies.
Program yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi ini berakhir sepenuhnya pada jam 3.00 petang dan telah dihadiri lebih kurang 40 orang pengunjung bermula dari peringkat dewasa sehingga peringkat kanak-kanak. Tambahan, petugas NADI turut menjalankan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, ukur timbang dan tinggi serta gula dalam darah kepada pengunjung yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: